MSSB kongsi rezeki bersama pemandu teksi dan kereta sewa

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PENGKALAN BATU 26 April – Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) memperuntukkan sebanyak RM6,000 bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa membuat persiapan menyambut Syawal.

Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin berkata, program tahunan itu bukan sekadar untuk berkongsi rezeki sebaliknya mengeratkan silaturahim kedua-dua belah pihak.

“Hari ini kita sampaikan bantuan kepada 40 pemandu teksi aktif yang berada dibawah lima persatuan yang bernaung secara sah di Terminal Melaka Sentral ini.

“Dengan bantuan ini kita berharap sedikit sebanyak dapat membantu pemandu teksi membuat persiapan menyambut hari raya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas dan Sumbangan Sempena Hari Raya di Teminal Melaka Sentral, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Pengarah MSSB Siti Faizah Abdul Azis, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai.

Menurutnya, operasi teksi dan kereta sewa di Melaka Sentral adalah dibawah MSSB sejak 2006.

“Ini adalah untuk memastikan keseluruhan operasi teksi dan kereta sewa mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Dengan keseragaman ini perkhidmatan dan mutu khidmat pelanggan dapat dilaksanakan. Ia juga bertujuan untuk mengutip hasil daripada aktiviti operasi bagi disalurkan semula bagi tujuan kebajikan,” katanya.

Hasnoor berkata, selain membantu musim perayaan pihaknya turut cakna dengan keadaan pemandu berkenaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1471
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Bomba Melaka sedia pos kawalan berhampiran lebuh raya, beku cuti 80 peratus anggota
Next post MHI, MTA agih 800 bekas bubur lambuk
Ubah saiz-+=