
MICTH CATAT PRESTASI LUAR BIASA, LONJAKAN UNTUNG 245 PERATUS
KUALA LUMPUR 17 Julai – Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) mencatat pencapaian luar biasa apabila merekodkan peningkatan keuntungan sebanyak 245 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan MICTH sebagai peneraju transformasi digital negeri yang kompetitif di peringkat global.
āIni merupakan satu rekod luar biasa kepada MICTH. Lebih membanggakan, MICTH turut menerima pengiktirafan antarabangsa melalui Asiaās Most Promising SME Award 2024, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai entiti yang berdaya saing di pentas dunia.
āKejayaan ini menjadi suntikan inspirasi kepada semua dan membuktikan bahawa anak syarikat milik Kerajaan Negeri juga mampu mencipta kecemerlangan bertaraf antarabangsa,ākatanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Apresiasi dan Sinergi Telekomunikasi Negeri Melaka Tahun 2025 di sebuah hotel, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datoā Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco, Timbalan Exco serta kenamaan lain.
Turut hadir, Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Abdul Karim Fakir Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MICTH Dr. Nazdiana Ab Wahab.
Terdahulu, majlis tersebut turut menyaksikan tiga momen penting dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negeri.
āMomen pertama apabila menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MICTH dan Rohas Euco Industries Berhad, seterusnya, penyerahan surat tunjuk minat antara MITCH dan Maxis Broadband Sdn Bhd.
āKetiga pula adalah pertukaran MoU antara MICTH dan U Mobile Sdn Bhd untuk mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G di Melaka.
āKesemua inisiatif ini dijangka akan melonjakkan lagi keupayaan teknologi negeri dan mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi digital berimpak tinggi, selaras dengan sasaran liputan 100 peratus 4G dan 5G menjelang 2027,ā katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


