Sorting by

×

MISDEC pilihan anak muda kuasai TVET

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BATU BERENDAM 13 Oktober – Lebih 7,000 graduan memilih Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawan Melaka (MISDEC) sebagai institusi pendidikan bagi mengasah dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang kemahiran.

Pengarah Eksekutif MISDEC, Haiqal Syukri Jantan berkata, selepas 30 tahun penubuhannya, bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ditawarkan MISDEC semakin matang hingga menerima sambutan amat memberansangkan.

Katanya, institusi itu juga boleh berbangga kerana graduan MISDEC ketika ini mengisi pelbagai jawatan penting dalam industri di seluruh dunia.

“Bagi tahun 2022 hingga 2023 sahaja MISDEC melahirkan lebih 1,000 graduan dan jika dikira sejak ditubuhkan kami sudah lahirkan 7,000 tenaga mahir.

“Potensi graduan setakat ini sangat baik, kami sentiasa membantu dan memberi sokongan supaya selepas tamat belajar mereka mempunyai satu kreativiti serta indentiti baharu untuk dibawa dalam alam pekerjaan” katanya.

photo_2023-10-10_19-04-01
Sekitar Majlis Perasmian Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawan Melaka (MISDEC) Open Day 2023 ‘Spark A Change’ di MISDEC, Batu Berendam. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas perasmian Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawan Melaka (MISDEC) Open Day 2023 ‘Spark A Change’ yang dirasmikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman di MISDEC, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh dan lain-lain kenamaan.

Haiqal Syukri berkata, penganjuran hari terbuka itu menarik kehadiran lebih 1,000 pengunjung daripada pelbagai sektor.

“Ini kali pertama kami anjurkan ‘open day’ (hari terbuka), insya-Allah pada masa akan datang kami anjurkan lebih meriah dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri dan jawatankuasa MISDEC yang sentiasa membantu.

“Jika ikutkan pendaftaran cabutan bertuah lebih 600 pengunjung direkodkan, tetapi jika termasuk yang tidak berdaftar ada lebih 1,000 orang yang hadir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1146
Kongsi :
Previous post FAMA Melaka edar 114 tan metrik beras, jamin bekalan cukup
Next post 14 projek pertanian berteraskan IR 4.0
Ubah saiz-+=