MPHTJ tubuh jawatankuasa khas atasi banjir kilat

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BATU BERENDAM 7 Mac. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengatasi masalah banjir kilat sejak lima tahun lalu di empat taman perumahan, di sini.

Empat kawasan perumahan berkenaan adalah Taman Malim Permai, Taman Jati, Taman Melawis dan Taman Bukit Beruang Bistari.

Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman berkata, jawatankuasa khas itu melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ahli majlis di kawasan berkenaan.

SHADAN (dua dari kanan) bertanya kepada penduduk ketika membuat tinjauan banjir kilat di empat taman perumahan termasuk Taman Malim Permai dan Taman Jati, malam tadi. Foto-kredit FB Shadan.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu bertujuan bagi memantau keadaan banjir kilat sekali gus menangani masalah bencana di kawasan itu.

“Dengan adanya jawatankuasa itu, kami akan bertindak mengikut pandangan dari sudut teknikal dan pengalaman Ahli Majlis kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas membuat tinjauan di empat taman perumahan terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil tinjauannya bersama beberapa kakitangan MPHTJ mendapati empat kawasan itu sering berlaku banjir kilat sejak lima tahun lalu jika hujan lebat.

“Bagaimanapun, banjir kilat malam tadi dalam keadaan terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Insya-Allah, MPHTJ cuba selesaikan mengikut kemampuan kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

641
Kongsi :
Previous post Tempoh seminggu kaji punca banjir kilat – Mohd Rafiq
Next post The Hispanized Malay: The Philippines in the Malay World
Ubah saiz-+=