Tempoh seminggu kaji punca banjir kilat – Mohd Rafiq

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BERTAM 7 MAc – Semua agensi berkaitan perlu mencari penyelesaian segera berhubung masalah banjir kilat yang kerap berlaku di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden berkata, beliau memberi tempoh seminggu untuk mengetahui punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan antaranya di Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya, Kampung Tampoi dan Cheng.

“Saya mahu agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dan lain-lain agensi teknikal akan mencari jalan penyelesaian dalam mesyuarat akan datang.

“Pada masa sama kita cuba usahakan peruntukan untuk tangani masalah ini.

“Banjir kilat ini ada yang sudah berulang kali berlaku dan ada yang pertama kali disebabkan kerja-kerja menaik taraf jalan,” katanya ketika ditemui MHI di Taman Bertam Perdana, malam tadi.
Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri berkata, antara kawasan terjejas banjir kilat ialah Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya, Kampung Tampoi dan Cheng.

“Selepas tempoh seminggu saya akan minta mereka segera bertindak untuk penyelesaian perkara yang berbangkit dengan banjir kilat.

“Jadi kita akan perhalusi satu persatu, bagaimanapun kawasan yang terjejas bukanlah dalam skala yang besar,” katanya yang tidak menolak kemungkinan penyelenggaraan tidak sempurna sistem perparitan punca banjir kilat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post MUFC dapat pengajaran berharga
Next post MPHTJ tubuh jawatankuasa khas atasi banjir kilat
Ubah saiz-+=