Sorting by

×

Murahnya..RM20 dapat beras 10kg, minyak masak, tepung dan gula

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

MERLIMAU 3 September – Pek Kombo RM20 yang disertakan pelbagai barangan makanan asas menjadi rebutan orang ramai pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di sebuah kedai runcit di Jalan Kilang Berapi, di sini.

Pakej luar biasa itu ditawarkan kepada 100 pembeli terawal, selain turut menawarkan potongan 20 peratus ke atas pelbagai barangan asas.

Seorang pengunjung, Mohd Isa Mohd Din, 66, meluahkan rasa teruja apabila mendapat tahu pembelian pek kombo RM20 yamg dibelinya itu dilengkapi beras 10 kilogram (kg), minyak masak 3 kilogram (kg), gula dan tepung.

“Alhamdulillah, kali ini memang betul puas hati sebab harga yang ditawarkan cukup-cukup berbaloi dan kita mohon kerajaan perlu laksanakan perkara ini berterusan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Selain itu, pelbagai barangan lain turut dijual dengan harga yang murah termasuk ayam yang kini dijual serendah RM7 sekilogram yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban orang ramai,” katanya.

IMG-20220903-WA0011
MOHD ISA

Sementara itu, Rozita Bakar, 57 berkata, program yang diadakan itu begitu bermanfaat buat golongan B40 sepertinya dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa ke hadapan membela nasib rakyat memerlukan.

“Jualan ini memang membantu kami sekeluarga dan kita sebagai B40 perlu merebut peluang ini lebih lebih lagi dalam keadaan mendapatkan barangan asas yang kadangkala sukar bagi kita.

“Kita harap program bermanfaat seperti ini perlu diteruskan bagi membantu rakyat yang memerlukan barangan yang dibeli dengan harga terendah,” katanya.

Terdahulu, program itu dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Indusri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, penganjuran program itu setakat ini memberi penjimatan sebanyak RM176,000 kepada lebih 30,000 rakyat seluruh negara.

Menurutnya, program dilaksanakan bermula 20 hingga 28 Ogos lalu telah berjaya mengumpul nilai jualan sebanyak RM893,000 membabitkan 22 penganjuran seluruh negara.

“Menerusi program ini, kita menawarkan harga potongan serendah 20 peratus malah di atas inisiatif pimpinan kawasan ini mereka turut menawarkan pek kombo serendah RM20 daripada harga asal bernilai RM37.

“Program ini akan diteruskan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka sehingga hujung tahun ini dan penganjuran itu bergantung kepada setiap DUN sama ada ingin melaksanakan setiap minggu atau berkala pada setiap bulan.

“Ini sekali gus dapat menyokong usaha kerajaan persekutuan dalam mengimbangi kadar inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan di samping membantu mengurangkan beban belanja terutama kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2239
Kongsi :
Previous post Melaka cari ‘jelmaan’ Aaron Chia, Rabuan Pit di SUKMA XX – KM
Next post FAMA sasar JTDL raih nilai jualan RM11 juta
Ubah saiz-+=