MUSA kunjung hormat Presiden FAM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, di Wisma FAM, petang semalam.

Kunjung hormat itu diketuai Presiden MUSA Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali bersama Bendahari Kehormat MUSA Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan barisan exco MUSA.

Sulaiman dalam kenyataan berkata, pertemuan kira-kira satu jam itu antara lain dapat bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan bola sepak Melaka United serta negara.

“Saya selaku Presiden MUSA dapat bertukar pandangan serta berkongsi maklumat terkini mengenai proses penswastaan dari persatuan (FA) ke kelab (FC) serta syarat-syarat pelesenan kelab, status kewangan MUSA, selain didedahkan dengan peta hala tuju FAM serta visi dan misi MFL.

“Saya turut memberikan taklimat mengenai kedudukan kewangan MUSA, selain terus komited dalam memenuhi semua kriteria dan syarat-syarat yang terkandung dalam pelesenan kelab FAM,” katanya.

Menurutnya, kunjungan yang diadakan itu juga cukup penting bagi memastikan MUSA mematuhi peraturan bola sepak FAM dan Malaysia Football League (MFL), sekali gus menaikkan mutu serta prestasi pasukan bola sepak Melaka United atau yang bakal dikenali sebagai Melaka United Football Club (MUFC) bermula tahun depan.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Presiden MUSA Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Views:

274
Kongsi :
Previous post Harga barangan kemas melambung
Next post MAFI harap isu Musang King di Raub tidak jejas pengeluaran produk durian 
Ubah saiz-+=