Nafi KKM gagal beri perhatian kes COVID di Kampung Portugis

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 12 Julai – Tiada penduduk terlepas daripada perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan penularan COVID-19 di Kampung Portugis.

EXCO Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya menafikan dakwaan penduduk bahawa mereka tidak menerima maklum balas dari KKM berhubung kes itu.

Menurutnya, maklum balas dan maklumat semasa diberikan kementerian itu termasuk pihaknya dan beberapa tindakan telah dilaksanakan bagi mencegah penularan wabak di perkampungan terbabit.

“Tak betul kalau tak jawab apa-apa sedangkan saya pun ada berhubung kira-kira dua hari lepas.

“Malah tak betul juga kalau tiada apa tindakan kerana ada beberapa laporan berhubung tindakan yang telah dibuat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, satu aduan penduduk diterima menyatakan KKM tidak memberi maklum balas dan perhatian bagi membantu penduduk Kampung Portugis.

Perkara terbabit berikutan terdapat seorang wanita berusia 40 tahun disahkan menerima jangkitan itu dan kini sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah itu menegaskan semua pihak agar tidak sewenangnya mempercayai maklumat tular dan perlu mengkaji terlebih dahulu.

“Dalam hati saya selalu berkata-kata SOP tak nak jaga, bila jadi kes dia punya ‘complain’ sampai pihak berwajib tersentak hati. Mereka pun manusia juga.

“Kami dan KKM memang amat sibuk semasa pandemik ini kerana pelbagai perkara sedang dan akan di buat malah dalam masa sama kita juga kena cari semula data-data demi menjawab perkara viral,” tegasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post Pindah pekerja kuarantin dari Kawasan Perindustrian Ayer Keroh
Next post Annuar Musa dikompaun RM2,000
Ubah saiz-+=