Naib Canselor UTeM wakili Malaysia ke Forum Kepimpinan Wanita IPT

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 4 Dis. – Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim dipilih menjadi panel mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dalam forum peringkat antarabangsa secara atas talian, baru-baru ini.

Menurut Raha, melalui forum itu beliau berkongsi mengenai strategi dan kaedah yang diaplikasikan bagi mengurus sebuah universiti teknikal berteraskan elemen kejuruteraan dan teknologi maklumat & komunikasi.

“Ini cabaran dan cara untuk atasi permasalahan sedia ada sebagai wanita pertama yang memegang kepimpinan tertinggi sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal di Malaysia.

“Kita juga berkongsi pendapat tentang budaya dan fahaman orang dahulu mengenai wanita yang tidak boleh maju dan cara mengatasi budaya serta fahaman tersebut,” katanya.

Forum itu disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ia anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Hadir sama, tiga panel mewakili IPT negara masing-masing iaitu Presiden Ewha Womans University Korea Selatan, Prof Kim Heisook; Naib Canselor Massey University New Zealand, Prof Jan Thomas dan Presiden National Cheng Kung University Taiwan, Prof Huey-Jen Jenny Su.

Manakala moderator ialah Penolong Naib Presiden dan Editor Kanan Astro Awani, Melisa Idris.

Views:

1480
Kongsi :
Previous post Bendahari Kehormat MUSA dilantik CEO Melaka United FC
Next post Terima kasih dan selamat tinggal Safiq Rahim
Ubah saiz-+=