‘One Stop Center’ untuk IKS

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR, 29 Ogos – Kerajaan negeri akan mewujudkan ‘One Stop Center’ khusus buat usahawan Idustri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam usaha membantu memasarkan produk keluaran mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, usaha itu kini dalam perancangan pihaknya dan akan dibincangkan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu.

“Kita ada perancangan di satu, dua tempat dan akan bangunkan (one stop center) yang akan memfokuskan barangan dan produk tempatan.

“Kawasan itu dijangka dalam Bandar Melaka iaitu sekitar Jalan Hang Tuah yang mana akan disiapkan infranya terlebih dahulu selain perkara ini akan dibincangkan dengan Datuk Bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Turut sama merasmikan majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, kerajaan negeri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga akan mengadakan satu program dalam menarik minat golongan muda untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan.

“Hujung tahun ini kerajaan negeri bersama KPDNHEP akan mengadakan program untuk menarik anak muda menjadi usahawan dan asaya berharap mereka yang baru dan hendak menceburi diri agar merebut peluang itu untuk mengikuti program nanti,” katanya.

Views:

638
Kongsi :
Previous post Tiga persatuan nelayan tidak menentang KLIP
Next post Tindakan tegas buat mereka ‘sengaja’ terbalikkan bendera
Ubah saiz-+=