OUM mahu bantu anak Melaka sambung pengajian ke peringkat tertinggi

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 Jun – Syarikat pegangan bagi Open University Malaysia (OUM), METEOR Sdn Bhd berhasrat menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu lebih ramai rakyat di negeri ini menyambung pengajian di universiti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan METEOR, Muhammad Afiq Redzuan berkata, kerjasama itu adalah mewujudkan dana khas bertujuan membantu anak kelahiran Melaka menyambung pengajian ke peringkat lebih baik.

Menurutnya, ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri yang mahukan lebih ramai rakyat Melaka mempunyai kemahiran tinggi seiring perkembangan semasa.

“Melalui kerjasama ini, ada satu dana khas untuk membantu rakyat Melaka menyambung pengajian mereka di OUM, sekali gus melahirkan lebih ramai individu berkemahiran tinggi, “katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran METEOR Sdn Bhd yang turut dihadiri Naib Canselor OUM, Prof Madya Dr Ahmad Izanee Awang di sini, hari ini.

Menurutnya,  OUM merupakan institusi pendidikan terbaik yang menawarkan program pengajian yang sangat fleksibel.

Malah, katanya, universiti itu juga mula memperkenalkan kemudahan pembelajaran menerusi kaedah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Apel).

“Kita lihat sebelum dan selepas pandemik, ramai usahawan yang mempunyai kedai seperti di Jonker Street dan Inap Desa di Kampung Morten, menutup perniagaan mereka akibat pandemik.

“Golongan ini yang perlu kerajaan negeri fokus dan bantu untuk program latihan usahawan semula atau program pengajian lain yang bersesuaian mengikut keperluan mereka,” ujarnya.

Habis
1) Muhammad Afiq (tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian kakitangan OUM Zon Selatan yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran METEOR Sdn Bhd.

2) Sebahagian kakitangan OUM Zon Selatan ceria menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran METEOR Sdn Bhd.

3) Muhammad Afiq

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2435
Kongsi :
Previous post Malay Journalism, Berita Malai and the Singapura Years: Said Zahari on A. Samad Ismail
Next post Jumlah penagih dadah di Malaysia semakin meningkat
Ubah saiz-+=