Sorting by

×

Pakar akademik bantu lengkapi kriteria UNIMEL

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LINGGI 22 Sept. – Beberapa pakar rujuk akademik dari pelbagai universiti seluruh negara akan bersama bagi membantu melengkapkan beberapa kriteria yang diperlukan sebelum penubuhan Universiti Melaka (UNIMEL).

Timbalan Naib Canselor Pengurusan Korporat, Penyelidikan dan Inovasi Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Dr. Afizan Azman berkata sebuah bengkel yang akan mengumpulkan pakar akademik akan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kriteria dalam menjadikan KUIM sebagai UNIMEL diiktiraf menerusi beberapa perkara yang ditetapkan.

AFIZAN

“Pada 5 atau 6 Oktober nanti pertemuan ini akan diadakan dengan wakil dari KPT dan kerjasama pakar rujuk dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi bersama membincangkan dan membantu segala pematuhan kriteria yang perlu diperincikan lagi.

“Malah pelbagai peringkat perlaksanaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan segala kertas kerja yang dibentangkan dikemaskini dan dilengkapi melalui beberapa peringkat pentadbiran,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu menurutnya, penubuhan UNIMEL merupakan perkara yang wajar dilaksanakan bagi membina sebuah lambang pendidikan baharu di negeri ini.

Ujarnya, penubuhan UNIMEL sekali gus membuka gerbang baharu pendidikan di negeri ini dalam pelbagai bidang kajian dan penyelidikan.

“KUIM akan memastikan segala kriteria ini dicapai dan berharap perkara ini akan dicapai menjelang tahun 2021 seiring dengan hasrat kerajaan negeri dalam penubuhan universiti ini,” katanya.

Views:

900
Kongsi :
Previous post 140 guru JAIM cemerlang terima APC
Next post Empat individu ditahan jumpa mayat dalam beg
Ubah saiz-+=