Pantai Hospital Ayer Keroh bawa keceriaan kepada anak-anak tahfiz

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 28 April – Pantai Hospital Ayer Keroh membawa kegemberiaan kepada pelajar Maahad Tahfiz Raudhatul Qubra, Duyong, menerusi satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dalam lawatannya ke maahad tahfiz berkenaan, hospital swasta berkenaan tampil menyumbangkan RM2,000 dan bantuan keperluan harian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Yew Aik, wang tunai tersebut merupakan hasil sumbangan doktor dan kakitangan hospital berkenaan, selain turut disumbangkan orang ramai.

“Kami amat menghargai kerjasama doktor, kakitangan dan orang ramai yang menghulurkan bantuan untuk menjayakan program sosial korporat ini.

“Saya gembira melihat mereka bersemangat pada bulan Ramadan ini untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Kejururawatannya, Sriyusni Yusup berkata, pihaknya bersama kakitangan hospital lain turut mengambil peluang mengagihkan barangan keperluan kepada maahad tahfiz berkenaan, selain pemberian duit raya kepada pelajar.

“Ramadan adalah masa untuk berkongsi rezeki. Kami berbesar hati kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya pada masa yang sukar ini.

“Diharap sumbangan ini dapat sekurang-kurangannya meringankan beban warga Maahad Tahfiz Raudhatul Qubra,” katanya.

Untuk rekod, Maahad Tahfiz Raudhatul Qubra menyediakan tempat tinggal dan pendidikan secara percuma kepada 45 pelajar lelaku berusia 7 hingga 17 tahun yang kurang berkemampuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1261
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Sampah di Melaka dijangka meningkat tiga kali ganda
Next post Kasihnya ibu sepanjang masa
Ubah saiz-+=