Parkir di selekoh, laluan gelap, lima kenderaan berat diberi notis JPJ

Masa Membaca:58 Saat

MASJID TANAH 15 Feb – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan lima notis dan satu kompaun kepada lima kenderaan berat dikesan melakukan kesalahan lalu lintas menerusi Operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Sabtu lalu.

Pengarah JPJ negeri, Mohamad Firdaus Shariff berkata kesemua lima kenderaan berat itu diberi notis 114 manakala satu lagi kompaun dikeluarkan atas kesalahan meletakkan kenderaan secara berbahaya di bahu jalan.

“Satu kompaun dikeluarkan kepada satu kenderaan berat melibatkan treler dengan nilai RM300 dibawah Seksyen 79 (2) mengabaikan isyarat lalu lintas kerana parkir di selekoh.

“Kesemua kenderaan terbabit turut diberi notis dibawah Kaedah 12 (1) kerana diparkir di tepi Jalan Pengkalan, Jalan Lubuk Redan, Jalan Sri Manggsi dan Jalan Kuala Sungai Baru yang ketika itu gelap serta tiada lampu.

“Dikhuatiri perkara ini boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Menurut Mohamad Firdaus, operasi yang bermula jam 11 malam itu terpaksa dihentikan pada jam 3 pagi kerana faktor cuaca hujan lebat.

Katanya, operasi bersepadu seumpama itu akan lebih kerap diadakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di masa akan datang selain bertindak atas laporan orang awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1566
Kongsi :
Previous post Senarai Ahli Majlis MPHTJ
Next post Senarai Ahli Majlis MPAG
Ubah saiz-+=