Sorting by

×

PAS jangan ‘dikurung’ dalam sebarang permuafakatan yang tertutup – Abdul Hadi

Masa Membaca:2 Minit, 32 Saat

KUALA TERENGGANU, 6 Nov (Bernama) — PAS tidak seharusnya dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkataĀ sebaliknya parti itu perlu mempunyai hala tuju dengan menjadi pemimpin bersama pihak lain sehingga berjaya menarik sokongan rakyat

ā€œUntuk mendapat jaminan paling kuat bagi menegakkan konsep kepimpinan Islam yang berprinsip, maka PAS wajib berusaha sekurang-kurangnya menjadi penentu dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berasaskan jumlah kerusi yang menang, bukannya banyak jumlah kerusi yang bertanding tanpa kerusi yang dimenangi,ā€ katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-67 di sini hari ini.

Muktamar PAS bertemakan Islam Menyatukan Ummah berlangsung dua hari bermula hari ini yang diadakan secara hibrid dengan 694 daripada 1,546 perwakilan hadir secara fizikal manakala selebihnya secara maya.

Perwakilan negeri berada di negeri masing-masing kecuali perwakilan dari Terengganu, Kelantan dan Pahang serta kesemua 197 Yang Dipertua PAS kawasan yangĀ hadir secara fizikal.

Abdul Hadi berkata kemunculan Muafakat Nasional (MN) pada mulanya hanya dianggotai oleh PAS dan UMNO sebelum bersetuju menjemput Bersatu dan seterusnya dilangsungkan kepada pembentukan gabungan yang lebih majmuk iaitu Perikatan NasionalĀ (PN) bersama parti-parti yang mewakili pelbagai agama dan kaum yang berjaya mengambil alih kerajaan.

Beliau berkata gabungan itu menerima asas Perlembagaan Persekutuan dan terbuka penyertaannya kepada semua parti yang tidak menyeleweng daripada Perlembagaan dan itulah acuan perpaduan nasional yang ingin diperkenalkan kepada semua.

ā€œOleh itu, kita menolak sebarang usaha untuk membentuk penjajaran baharu dengan pelbagai jenama atau perubahan yang dicadangkan. Secara tegas, dinyatakan bahawa kita baru sahaja menubuhkan MN mengikut acuan asal yang lengkap sebagai pendahuluan mengikut Piagam yang terbuka bukan tertutup.

ā€œKita berjaya menubuhkan PN yang lebih terbuka dan kuat, sehingga berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur.

ā€œMaka, sebarang cadangan lain laksana tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan,ā€ katanya.

Beliau berkata PAS perlu konsisten dengan menampilkan pendekatan politik yang jujur dan bersih untuk memulihkan negara.

ā€œApakah faedahnya jika sekadar mendapat jumlah sokongan majoriti yang besar tetapi tidak berintegriti, sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.

ā€œBerbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang lain, termasuk menjadi kleptokrat,ā€ katanya.

Sementara itu,Ā Ā Abdul Hadi berkataĀ Muktamar PAS kali ini adalah muktamar terpenting dan mungkin yang terakhir sebelum menghadapi PRU15Ā serta menjadi hala tuju untuk terus memimpin dengan mengekalkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dimenangi PAS serta menambah bilangan kerusi dan pengaruh di negeri-negeri lain.

Mengenai calon pilihan raya, beliau berkata PAS akanĀ menyediakan calon berwibawa yang mempunyaiĀ ciri-ciri beristiqamah dengan parti, berintegriti, berakhlak mulia, mempunyai aqidah yang kuatĀ dan bertahan dengan parti.

ā€œKalangan yang berwibawa dalam PAS tidak akan tercicir kerana konsep Kerajaan Teknokrat yang kita telah perkenalkan tetap memberi tempat masing-masing, tidak semestinya menjadi calon dan wakil rakyat sahaja. Manakala mereka yang menjadi calon pula sedia berkorban menghadapi segala kemungkinan apabila ditugaskan,ā€ katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

618
Kongsi :
Previous post Calon BN yang digugurkan akan dipertimbang bertanding kerusi Parlimen – Ahmad Zahid
Next post Adly kekal bertanding Bukit Katil