
Pekerja kilang parah motosikal terbabas elak babi
ALOR GAJAH 14 Jun – Seorang pekerja kilang parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Brisu, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa Zulkarnain Mokhtar, 32, yang menunggang motosikal Honda RS150R cedera di kepala dan patah tulang rusuk kanan.
Ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumah di Ramuan Cina ke tempat kerjanya di Pegoh.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima panggilan dari pondok polis Hospital Melaka mengenai kemalangan terbabit pada jam 2.30 petang kelmarin.
Beliau berkata, susulan itu pasukan penyiasat ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
“Sebaik tiba di lokasi motosikal mangsa sudah dialihkan dan polis kemudian menghubungi warisnya.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak binatang dipercayai babi yang melintas sebelum terbabas,” katanya.
Beliau berkata, akibat daripada itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang rusuk dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: KEPIMPINAN PAS IKRAR SOKONGAN PENUH BUAT CALON BN REMBIA
REMBIA 3 November - Hubungan baik yang terjalin sejak era Muafakat Nasional (MN) menjadi asas kepada sokongan kepimpinan PAS terhadap...
PRN MELAKA: BOLA SEPAK SATUKAN JENTERA BN-PAS DI REMBIA
REMBIA 3 November - Perlawanan persahabatan bola sepak antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT
AYER LIMAU 3 November - Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi...
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...

