Pelajar sekolah ejen tangani perubahan iklim

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 5 Oktober – Sebanyak 27 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah mengikuti program Program Climate Ready Classroom di Pusat Latihan Kompleks Melaka Mall, di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Unit Teknologi Hijau MPHTJ di bawah inisiatif ‘MPHTJ Low Carbon Eco-Schools’ itu merupakan sebahagian program bagi menyokong rangka kerja ‘Low Carbon Cities Framework’ (LCCF) yang telah diperkenalkan di peringkat Persekutuan.

MPHTJ dalam satu kenyataan memaklumkan program tersebut merupakan satu bentuk pelaburan jangka masa panjang MPHTJ yang menyasarkan golongan remaja di peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai pemangkin dan ejen perubahan di dalam menangani kesan perubahan iklim masa hadapan.

“Golongan ini telah diberikan pendedahan menerusi konsep asas atau ‘fundamental’ berkaitan aspek perubahan iklim serta pengurusan karbon, selain kepentingan pemeliharaan juga penjagaan alam sekitar,” kata kenyataan itu.

WhatsApp Image 2023-10-05 at 11.17.04 AM
ANTARA aktiviti yang dijalankan peserta.

Antara sekolah rendah terlibat pada program tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Hussin, SK Batu Berendam 2, SK Ayer Keroh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wen Hua, SK Kesang Tua, SK Seri Bemban, SK Tehel, SJKC Shuh Yen, SK Bukit Beruang, SK Gangsa, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, SK Kampung Tun Razak, SK Taman Merdeka dan Sekolah Rendah Arab Jaim Tun Razak.

Manakala sekolah menengah diwakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, SMK Tun Mutahir, SMK Ayer Keroh, SM Sains Muzaffar Syah (MOZAC) dan Kolej Vokasional Melaka Tengah.

Terdahulu, kesemua peserta terlibat telah diberikan penerangan oleh Ketua Projek Program Green Growth Asia Foundation (GGAF) Sri Themudu yang juga merangkap sebagai penceramah dan fasilitator program berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1208
Kongsi :
Previous post Tukar reban ayam terbuka kepada sistem tertutup – MPJ
Next post Doktor maut dalam perjalanan pulang dari kerja
Ubah saiz-+=