Pelawa jurugambar ke tapak UNESCO Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 17 Februari – Jurugambar di seluruh dunia dipelawa datang ke Melaka bagi merakamkan pelbagai momen indah yang ada di bumi bersejarah ini.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata, antara kawasan yang boleh diteroka jurugambar profesional ialah di tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO).

Menurut beliau, bagi menarik kehadiran jurugambar, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan menganjurkan satu program khas berbentuk pertandingan yang boleh disertai mereka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Menerusi program ini, jurugambar profesional ini akan merakam seluruh kawasan UNESCO di negeri ini yang mana hasil karya tersebut boleh dijadikan medium untuk mempromosi tarikan pelancongan di negeri ini.

“Hasil karya itu juga akan kita muat naik di media sosial dan media konvensional sebagai satu daya tarikan baharu dari sudut seni fotografi.

“Secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi satu produk pelancongan baharu bagi Negeri Melaka di di kawasan tapak warisan dunia UNESCO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas hadir ke Majlis Pelancaran Semarak Seni 2024 @Muzium Melaka Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Muzium Sejarah dan Etnografi, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

349
Kongsi :
Previous post Melaka bakal anjur Jualan Ihsan Rahmah untuk jemaah haji
Next post Hari Belia Negara 2024 sasar 2.5 juta penyertaan
Ubah saiz-+=