Pelbagai insentif buat pencarum Perkeso
AYER KEROH 18 Ogos – Kerajaan negeri bersetuju memberi bayaran geran tahunan sejumlah RM21,000 kepada 21 Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa di seluruh Negeri Melaka.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, caruman itu sebagai perangsang buat pengayuh beca dan pemandu teksi yang terlibat.
“Ia berikutan sektor pelancongan di negeri ini merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Melaka.
“Akibat penularan wabak Covid-19 sektor pelancongan di negeri ini terjejas teruk, jadi semua pemain industri perlu rebut peluang manfaatkan insentif yang disediakan bagi memulihkan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Perkeso ‘Melaka Careertrans 2020’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Jelasnya, usaha itu termasuk insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan (PenjanaKerjaya) yang menawarkan bantuan kepada majikan sebanyak RM600 hingga RM1,000 untuk tempoh maksimum enam bulan.
“Manakala, elaun mobiliti disediakan bagi pekerja yang terpaksa berhijrah dari wilayah bermastautin sebanyak RM600 hingga 1,000 dalam jarak 100 kilometer.
“Elaun latihan sehingga RM4,000 bagi setiap pekerja boleh dipohon oleh majikan menerusi Program Latihan Insentif PenjanaKerjaya (IPK) yang disediakan Perkeso,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
PARAKOM DITEMPATKAN DI GADEK HOTSPRING, ELAK KEJADIAN TIDAK DIINGINI
GADEK 21 Januari - Sebagai langkah keselamatan pengunjung, sekumpulan Paramedik Komuniti (Parakom) akan ditempatkan dalam kawasan Gadek Hotspring Wellness and...
TIADA LAGI TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN, KERAJAAN AMBIL PENDEKATAN BERSASAR – NANTA LINGGI
KLANG, 21 Jan - Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri...
MELAKA JADI CONTOH NEGERI PRAKTIK NILAI PATRIOTISME
BANDARAYA MELAKA 21 Januari - Melaka terus menjadi contoh negeri yang mempraktikkan usaha ke arah memperkukuh perpaduan melalui nilai patriotisme....
MASIH TUNGGU STATUS PEMBINAAN LOJI WTE
PAYA RUMPUT 21 Januari - Kerajaan Negeri masih menunggu status pembinaan loji Sisa ke Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa...
32 INDIVIDU CEDERA DALAM KEJADIAN LETUPAN KILANG KIMIA DI KLANG
KLANG, 21 Jan - Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula...
DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari - Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan...