Pemilik premis dinasihat jaga kebersihan

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 12 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus mempergiatkan operasi Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) bagi memastikan kebersihan dan keindahan Bandaraya Melaka terus dijaga.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, dalam operasi pada Jumaat seramai 30 anggota dari Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya digerakkan bagi menjalankan operasi.

“Operasi BEBAS diteruskan lagi di sekitar Taman Melaka Raya pada Jumaat, apabila pasukan terlibat meluangkan masa selama dua jam bermula 9 malam membersihkan kawasan persekitaran.

“Hasilnya enam Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) mengikut Seksyen 47 (1) (a), Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan 1974 dikeluarkan kepada pemilik premis.

“Ini kerana didapati terdapat longgokan sampah dan kebersihan premis tidak memuaskan. Notis NPK yang dikeluarkan itu berjumlah RM3,000,” katanya.

Beliau berkata, hebahan juga diberikan kepada penjaga premis dan peniaga di sekitar kawasan itu agar menjaga kebersihan dihadapan premis mereka.

“Selain peniaga orang ramai turut dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan di kawasan persekitaran dengan tidak membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap orang awam yang menyalahi undang-undang berkaitan kebersihan ditempat awam akan dilaksanakan tanpa kompromi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

920
Kongsi :
Previous post Pekak tidak halang atlet kelahiran Klebang gegar dunia
Next post Melaka intai potensi dalam sukan akuatik
Ubah saiz-+=