Penganggur berdepan hukuman penjara 17 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 26 Nov.- Padah bertindak melibaskan parang dan mengugut bunuh jirannya, penganggur dihadapan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, S Gunasegaran, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dalam milikannya terdapat sebilah parang panjang berhulu putih dengan ukuran kira-kira 85 sentimeter dan telah menggunakan senjata itu untuk melibas ke arah pengadu yang berusia 50 tahun.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa melibaskan senjata tersebut dan mengeluarkan ugutan jika pengadu ke sana kembali dia akan memotong mangsa dalam bahasa Tamil.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun yang mana, jika ugutan hendak menyebabkan kematian, cedera parah atau kebinasaan dengan api atau kesalahan yang boleh dihukum dengan bunuh atau penjara mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Tanjung Kling, kira- kira jam 1.30 petang pada 1 November 2020.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain tidak menawarkan sebarang jaminan, namun terpulang kepada budi bicara mahkamah.

Peguam Ahmad Soleh Yusof yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan perlu menanggung keluarga.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga selesai kes selain dilarang mengganggu mangsa.

Views:

797
Kongsi :
Previous post Pekerja pembersihan dihadapkan ke mahkamah
Next post Nilai eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global terjejas, jika tidak lagi dieksport ke EU 
Ubah saiz-+=