Penghuni PKRC MITC tunai solat Sunat Aidiladha

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH: “Ini semua hikmah perancangan Allah. Saya masuk ke sini dan dapat bersama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha,” kata Ustaz Murad Ahmat.

Pegawai Jabatan Agama Islam (JAIM) itu mengimamkan solat Sunat Aidiladha di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC di MITC, jam 8.30 pagi tadi.

Menurut Murad ia pengalaman unik bagi dirinya apabila mengimamkan solat sunat itu dalam suasana disifatkan sebagai ‘darurat’.

USTAZ MURAD.

“Semua ini aturan Allah dan pengalaman bersejarah bagi saya memimpin solat sunat Aidiladha dan membacakan khutbah di pusat kuarantin.

“Di luar mungkin ada yang tidak berpeluang menunaikannya kerana had jemaah di masjid dan surau mengikut SOP (prosedur operasi standard), tapi syukur bagi kami di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Difahamkan kira-kira 200 penghuni menunaikan solat sunat itu dengan Murad menyampaikan khutbah bertajuk ‘Korban: Peluang Meraih Keberkatan’ dikeluarkan JAIM.

Mereka mula bertakbir raya selepas solat Maghrib dan Isyak, semalam.

Murad berkata, beliau juga berterima kasih kepada pihak urusetia kerana menyediakan kemudahan untuk menunaikan ibadat sunat itu.

“Sebenarnya kami tidak rancang, namun atas permintaan urusetia, saya gunakan pengalaman untuk menyempurnakannya.

“Walaupun dalam darurat bukan alasan untuk tidak melaksanakan ibadat kepada Allah SWT.

“Terima kasih kepada penghuni sama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat dalam keadaan terhad,” katanya lagi.

Beliau yang dikuarantin sejak 11 Julai lalu berharap waris menitipkan doa supaya semua pesakit diberi kesembuhan dan kesihatan berpanjangan.

SEBAHAGIAN penghuni kusyuk mendengar khutbah Aidiladha.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

667
Kongsi :
Previous post Patuh SOP erti pengorbanan Aidiladha tahun ini – KM
Next post Melaka rayu pertimbang peralihan fasa 2
Ubah saiz-+=