Peniaga dapat khemah, terima kasih YB Ah Sem!

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MACHAP 2 November – Seramai 14 peniaga yang terkesan susulan gerai jualan mereka di Taman Ayer Pasir, di sini, rosak akibat ribut, akhirnya menarik nafas lega selepas menerima bantuan khemah jualan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Ngwe Hee Sem.

Menurut peniaga di laman D’Penjuru Anita Mohd Sharif, 47, berkata, susulan ribut pada Rabu minggu lalu yang merosakkan khemah jualan, operasi perniagaannya terpaksa dihentikan seketika dan ia secara tidak langsung menjejaskan pendapatan.

Dia yang berniaga di situ sejak empat bulan lalu berkata, meskipun kejadian ribut yang melanda tidak merosakkan sepenuhnya peralatan berniaganya namun ia memerlukan kos untuk baik pulih khemah yang rosak.

“Terkejut juga apabila dimaklumkan oleh rakan peniaga di situ, yang tempat jualan kami dilanda ribut dan khemah jualan tumbang serta mengalami kerosakan. Mujurlah kejadian masih awal, kalaulah berlaku ketika kami sudah mula beroperasi mungkin keadaan lebih teruk lagi.

“Alhamdulillah, saya dan kawan peniaga yang lain amat bersyukur kerana nasib dan keadaan kami ini diambil cakna oleh YB (Yang Berhormat), malah dengan keprihatinannya, hari ini kami menerima khemah jualan baharu. Terima kasih YB,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya yang berniaga bakso dan air itu berkata, dengan khemah baharu itu dia dan rakan yang lain dapat kembali meneruskan jualan seperti biasa.

Sementra itu, Hee Sem berkata, lebih RM4,000 diperuntukkan pihaknya bagi membeli khemah baharu kepada peniaga di kawasan itu yang terjejas dan kawasan jualan di situ juga dilihat berpontensi kerana mendapat sambutan penduduk setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2073
Kongsi :
Previous post Melaka cadang insentif untuk jurulatih cemerlang
Next post Abdul Hakim fokus pembaharuan Masjid Tanah
Ubah saiz-+=