Perkeso Melaka tawar 12,000 peluang pekerjaan 14-16 Oktober depan

Masa Membaca:53 Saat

BANDA HILIR 28 September – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Melaka bakal menawarkan 12,000 peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia 2022 Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, bulan depan.

Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata, karnival itu diadakan bersempena program Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung selama tiga hari pada 14 hingga 16 Oktober nanti.

Katanya, dianggarkan 30 majikan akan menyertai karnival itu dengan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor sokongan, pertengahan dan pengurusan.

“Kita anggarkan seramai 15,000 akan hadir sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung.

“Jadi, kita harap para graduan mengambil peluang ini kerana mereka yang datang sahaja, layak untuk mendapatkan elaun RM300 menerusi Elaun Mencari Pekerjaan Plus Perkeso (SIP EMP+).

“Maklumat lanjut mengenai karnival dan perjawatan yang ditawarkan akan hebahkan menerusi laman Facebook Perkeso dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Perkeso Mendekati Media di sebuah hotel, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3957
Kongsi :
Previous post Jangan biarkan penduduk terus sengsara
Next post Majikan diwajibkan tunggu ketibaan pekerja asing baharu di KLIA
Ubah saiz-+=