Perkhidmatan nikah cerai dan rujuk tangguh sepanjang PKP 3.0

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 15 Jun – Semua perkhidmatan Nikah Cerai dan Rujuk (NCR) serta kekeluargaan Islam yang baharu ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat bagaimanapun berkata, dalam tempoh itu pelaksanaan majlis akad nikah di negeri ini masih dibenarkan buat pasangan yang mendapat Kebenaran Berkahwin (KB) pada tarikh 15 hingga 30 Jun ini.

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat

“Semua perkhidmatan kaunter JAIM yang berkaitan NCR dan kekeluargaan juga ditutup bagi urusan bersemuka sepanjang tempoh PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini.

“Orang ramai boleh merujuk Pekeliling JAIM Bil 10/2021 bertarikh 30 Mei 2021 bagi mengetahui tatacara akad nikah dalam tempoh PKP 3.0, maklumat NCR dan kekeluargaan yang ditangguhkan dan senarai perkhidmatan yang boleh dijalankan di atas talian,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan berurusan secara atas talian melalui telefon, emel dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di talian:

a) 012-905 3745/ 012-646 2285/ 012-670 3842 / 019-281 9120 (BPK JAIM)

b) 012-288 3455/ 019-659 3364/ 012-944 5041/
012-625 3321(Melaka Tengah)

c) 019-622 5029/ 012-228 8146 / 017-633 4370 (Alor Gajah)

d) 012-328 5541/ 019-323 4553 / 012-229 5206 (Jasin)

e) [email protected]

f) http://www.sppim.gov.my/sppim/rundingcara/online/rundingcaraonline

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

626
Kongsi :
Previous post ‘Awang Hitam’ tipu ustazah RM78,214 dicekup
Next post Enam beradik yatim piatu tak sabar nak bersekolah
Ubah saiz-+=