Perniagaan diusaha bertahun-tahun musnah sekelip mata

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

TELOK MAS 12 Okt – “Luluh hati saya apabila mendapati kedai perniagaan keluarga sejak empat generasi terdahulu ranap begitu sahaja,” kata salah seorang pemilik premis berusia 28 tahun yang kedainya musnah dalam kebakaran di Kilometer 13.5 Jalan Muar-Melaka, di sini malam tadi.

Dia yang mahu dikenali sebagai Chong berkata kedai itu merupakan kedai perniagaan warisan keluarga dan dia merupakan generasi keempat mewarisi perniagaan itu.

“Kawan saya menelefon saya kira-kira jam 7.30 malam memaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas dari Telok Mas.

Chong

“Hari ini (semalam) saya buka kedai sehingga jam 12.30 tengah hari dan kemudian pulang ke rumah.

“Setiba di lokasi kejadian, kedai runcit saya musnah terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi pemilik premis yang menjalankan perniagaan menjual perkakasan pembinaan dikenali sebagai How, 50, berkata, dia menerima panggilan dari rakan pada jam 7.25 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, kejadian seumpama itu merupakan kebakaran pertama sejak 16 tahun lalu.

HOW

“Hari ini kedai memang tidak buka sebab cuti hari Ahad. Tapi saya sedih mengenangkan peralatan perniagaan yang musnah begitu sahaja dalam kebakaran,” katanya.

Seorang daripada saksi kejadian, Muhammad Harith Daniel Helmi, 18, berkata, dia membuka kedai perniagaan menjual pakaian ‘bundle’ yang terletak bertentangan dengan deretan kedai terbakar itu pada jam 6.00 petang, namun kira-kira satu jam kemudian, dia terlihat kepulan asap di udara.

Ujarnya, pada mulanya dia menyangka ada orang membakar sampah di belakang kawasan kedai itu.

“Saya tengok asap itu lama-kelamaan menjadi api yang marak sehingga terasa bahangnya di kawasan kedai saya.

“Kemudian saya terdengar bunyi percikan api yang kuat seolah-olah bunyi letupan di kawasan kedai itu.

MUHAMMAD Harith

“Saya lihat ada beberapa wanita dan lelaki tua mengetuk pintu kedai yang masih berpenghuni meminta mereka keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Views:

270
Kongsi :
Previous post Enam kedai terbakar di Pekan Umbai
Next post Perspektif Tun Mohd Ali
Ubah saiz-+=