
Perodua Bezza Premium X, untuk pembayar cukai bertuah
BANDARAYA MELAKA 27 Jan – Pembayar cukai bertuah dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal memandu pulang sebuah Perodua Bezza Premium X bernilai RM44,000.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, selain Perodua Bezza Premium X pihaknya menawarkan pelbagai lagi hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 menerusi program Cabutan Bertuah MBMB dibuka hingga 31 Mac depan.
“Selain hadiah utama itu pembayar cukai juga berpeluang memenangi dua buah motosikal dan 125 pelbagai jenis peralatan serta barangan.
“Pemegang akaun boleh membuat bayaran seperti di Kiosk Bayaran MBMB, Kaunter Pembayaran Utama MBMB Kaunter Bergerak MBMB dan pembayaran dalam talian,” katanya.
Beliau berkata, pemilik kediaman sudah menjelaskan tunggakan dan cukai taksiran masing-masing, layak menyertai cabutan bertuah dianjurkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
