Peruntukan RM600 juta bina Kolam Dwi-Fungsi Krubong – PM

Masa Membaca:58 Saat

JASIN 14 Oktober – Kerajaan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia meluluskan peruntukan sebanyak RM600 juta bagi projek pembinaan Kolam Dwi-Fungsi di Krubong.

Perdana Menteri Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan projek menaik taraf Kolam Tebatan Banjir sedia ada kepada kolam dwi-fungsi bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan hilir Sungai Melaka.

Menurutnya, ia juga berfungsi sebagai kolam simpanan bekalan air mentah sebelum disalurkan ke Empangan Durian Tunggal.

“Kerajaan Pusat sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka dalam menjalankan projek dan kajian bagi meningkatkan sumber air mentah negeri.

“Ini termasuklah kajian kebolehlaksanaan Projek Penyaluran Air Sungai Muar Fasa 3 bagi menampung keperluan Keluarga Malaysia (di) Melaka yang kian meningkat.

“Pelaksanaan projek sejajar dengan perkembangan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara yang menjamin penjanaan pendapatan dan
perkembangan ekonomi secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin Daerah Jasin di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5300
Kongsi :

One thought on “Peruntukan RM600 juta bina Kolam Dwi-Fungsi Krubong – PM

Comments are closed.

Previous post DUN Perlis bubar hari ini
Next post Polis tahan buruh edar heroin hampir RM80,000
Ubah saiz-+=