
Polis tahan buruh edar heroin hampir RM80,000
TAIPING, 14 Okt – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM76, 000dalam serbuan sebuah rumah dekat Matang semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 2.549 kilogram (kg) dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.
Beliau berkata tiga beg plastik memuatkan 59 paket lutsinar mengandungi serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin ditemukan dalam serbuan itu.
“Aktiviti pengedaran dadah ini dipercayai telah bergiat aktif sejak Februari lalu untuk pasaran tempatan dan pihak polis melakukan intipan selama dua minggu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata jumlah dadah berkenaan boleh digunakan untuk kira-kira 2, 000 orang penagih dan siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan dari luar Perak dan pasaran dadah ini tertumpu di Kuala Sepetang dan Batu Kurau.
Razlam berkata suspek yang mempunai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu direman sehingga 17 Okt untuk disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan polis turut menyita sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM2,709.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPR BELUM TERIMA LAPORAN PENUH BERKAITAN ISU SERANGAN SIBER
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan laman web miliknya tidak diserang...
MELVIN MAHU LAKSANA TIGA AGENDA UTAMA DALAM 100 HARI, BUKTI KPI
KOTA LAKSAMANA 10 November - Tiga agenda melibatkan kebajikan warga emas, penambahbaikan kemudahan kesihatan dan pengukuhan tahap keselamatan penduduk menjadi...
SPR REKOD 237 LAPORAN KESALAHAN KECIL PILIHAN RAYA
SUNGAI UDANG 10 November – Sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam,...
SPR SASAR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan jumlah pemilih keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi...
TOK AJAK TAK PERNAH BERHENTI BERKHIDMAT
TELOK MAS 10 November - Tidak meninggalkan penduduk Telok Mas meskipun pernah tewas pada pilihan raya menjadi bukti komitmen penyandang...
PENTAS GELOMBANG BIRU SERENTAK DI 28 DUN, BUKTI KESERASIAN KERJASAMA BN-PN
SERKAM 10 November - Penganjuran Ceramah Gelombang Biru secara serentak di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi manifestasi kekuatan...
