
Perutusan Khas PM Ismail Sabri 3 petang ini
KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 3 petang ini.
Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman media sosial rasminya hari ini, perutusan khas itu akan disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, TV3, TVS dan TV Al Hijrah.
Selain itu, perutusan khas berkenaan juga boleh diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri.
Desas-desus mengatakan perutusan berkenaan berkemungkinan mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BERBEZA PEGANGAN POLITIK BUKAN ALASAN HUKUM MAHASISWA – AHMAD ZAHID
LENDU 3 November – Perbezaan pendapat dan pegangan politik dalam kalangan mahasiswa tidak seharusnya menjadi alasan untuk pihak universiti mengenakan...
PRN MELAKA: ‘TOK JEZ’ MAHU RTC SUNGAI RAMBAI KEMBALI BERNYAWA
TANJUNG BIDARA 3 November - Menghidupkan semula bangunan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai yang dilihat tidak dimanfaatkan sepenuhnya...
BINA KEPAKARAN PENSYARAH, RINTIS JABATAN KUANTUM UiTM – TPM
LENDU 3 November – Pensyarah berlatar belakang teknologi maklumat (IT) dan digital di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang mengikuti pengajian...
MELAKA SASAR PENGIKTIRAFAN UNESCO GLOBAL GEOPARK 2035
BANDA HILIR 3 November - Melaka menyasarkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark menjelang 2035 sebagai usaha mengangkat khazanah geologi, biodiversiti dan...
AHMAD ZAHID MAHU GRADUAN TVET MELAKA NIKMATI GAJI PREMIUM
RIM 3 November - Anak Melaka yang mengikuti bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dipersiapkan dengan kemahiran...
PRN MELAKA: KALSOM MAHU PENGALAMAN LAMA, TENAGA BAHARU DISATUKAN
PENGKALAN BATU 3 November - Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Kalsom Noordin menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus...


