
Pesta Ponggal Asahan tonjol keunikan budaya kaum India
ASAHAN 4 Februari – Perayaan Ponggal memberi peluang kepada rakyat Malaysia berbilang kaum memahami lebih dekat keunikan budaya masyarakat India yang menyambut perayaan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, sambutan pesta itu membuktikan kepelbagaian budaya merupakan kekuatan dan keunikan bangsa Malaysia.
“Kali ini kita dapat lihat lebih 250 kaum India di DUN Asahan mengambil peluang menyertai Pesta Ponggal untuk mempamerkan budaya mereka kepada orang ramai.
“Di DUN Asahan ini adalah kali ketiga pesta ini dianjurkan bagi menghormati serta menonjolkan budaya dan adat resam pelbagai kaum selain mempelajari apa itu adat resam kaum India.
“Ini secara tidak langsung mendidik anak-anak muda dalam kalangan kaum India menghayati apa sebenarnya sejarah Ponggal yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Pesta Ponggal dan Jualan Rahmah Peringkat DUN Asahan di Dataran Asahan, di sini, hari ini.
Pada pesta itu sebanyak 50 dapur disediakan untuk peserta bagi acara memasak susu lembu yang merupakan tradisi kaum India.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
