Petisyen DUN Sungai Udang diteruskan, bicara penuh

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 11 Feb – Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini membuat keputusan petisyen yang difailkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad diteruskan melalui perbicaraan penuh.

Ia selepas mahkamah menolak bantahan awal tiga responden terhadap petisyen pilihan raya yang dikemukakn oleh calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Paduka Azman Abdullah membuat keputusan itu kerana wajar dibicarakan demi kepentingan awam.

Peguam Mohamad Ali yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, mereka bersiap sedia untuk mengemukakan saksi untuk didengari seterusnya membuktikan pendakwaan yang dikemukakan dalam petisyen itu.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh pada 24 dan 25, 30 dan 31 Mac, seterusnya April daripada 18 hingga 22 April.

“Sebagai pempetisyen, kami akan bersiap sedia untuk menyediakan saksi-saksi yang kami akan bawa ke mahkamah untuk didengar seterusnya membuktikan apa jua elegasi-elegasi yang kami nyatakan dalam petisyen pilihan raya bahawasanya ada perlakuan rasuah dan ketidakpatuhan dalam perjalanan Pilihan Raya 1981.

“Itu antara lain keputusan mahkamah pada pagi ini secara ringkas menolak bantahan awal untuk membuang petisyen pilihan raya Yang Berhormat Datuk Seri Ali,” katanya pada sidang media selepas menghantar petisyen berkenaan di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini, hari ini.

MOHD Hafarizam (tengah)

Sebelum ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dimenangi oleh Dr Mohd Aleef dalam pertembungan empat penjuru, dengan majoriti 530 undi.

Mohamad Ali yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov memfailkan petisyen itu pada 14 Dis lalu bagi membatalkan keputusan yang memihak kepada Dr Mohd Aleef daripada Perikatan Nasional (PN) kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri memfailkan petisyen pilihan raya kepada tiga responden iaitu Dr Mohd Aleef, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sungai Udang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8974
Kongsi :
Previous post Ahli Majlis berperanan sebagai ‘duta kecil’ negeri – KM
Next post Tanam terung, babi hutan tak ‘kacau’
Ubah saiz-+=