PKPB: MIBC jangka pendapatan terjejas sehingga 50 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 12 Nov. – Pengurusan Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) menjangkakan pengurangan pendapatan sehingga 50 peratus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengurus Besarnya Mohd Fasarul Md Isa berkata, selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut memberi impak apabila operasi MIBC dihentikan sementara kini MIBC melalui fasa PKPB.

Pengurus Besar MIBC Mohd Fasarul Md Isa

“Selepas diumumkan pelaksanaan PKPB pada Isnin, kedatangan pengunjung ke MIBC menurun sehingga 80 peratus berbanding hari biasa sebelum ini.

“Susulan daripada itu kita menjangkakan berlaku pengurangan pengunjung sepanjang PKPB dilaksanakan sekali gus pendapatan juga dijangka berkurang kira- kira 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata, selepas PKP tamat pada Jun lalu, hasil pendapatan direkodkan MIBC mampu mencecah kira-kira RM70,000 dalam tempoh 15 hari yang kemudiannya meningkat kepada RM107,000.

Mengulas lanjut, Mohd Fasarul berkata, MIBC kini sedang mengadakan promosi dengan menawarkan harga istimewa buat pengunjung.

“Harga sebelum ini bagi satu permainan RM6 tetapi kini kita menawarkan hanya RM12 bagi tiga permainan antara jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Manakala antara jam 8 hingga 10 malam pula harga promosi ditawarkan adalah RM12 bagi dua permainan, bagaimanapun promosi hanya sah pada hari biasa sahaja,” katanya.

Views:

1461
Kongsi :
Previous post Piala Malaysia dibatalkan
Next post Belia aset Melaka
Ubah saiz-+=