
PKPP: 52 kompaun dikeluarkan ingkar SOP – Timbalan KPN
KUALA LUMPUR 17 Jun — Sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rabu lepas, terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.
Beliau berkata pihaknya telah menegaskan kepada pemilik-pemilik premis bahawa operasi perlu ditutup pada pukul 12 tengah malam, namun masih ada segelintir yang berdegil dan beroperasi sehingga pukul 1.00 atau 2.00 pagi.
“Oleh yang demikian, kami kompuan mereka. Begitu juga dengan premis hiburan yang masih lagi tegar melaksanakan operasi menghiburkan pelanggan seperti di pusat karaoke dan lain-lain pusat hiburan.
“Pusat-pusat hiburan yang beroperasi turut dikompaun kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di sini, hari ini.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
DUA PENGARAH SYARIKAT RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’
GEORGE TOWN 27 Mac - Seorang pengarah syarikat kerugian RM457,607 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon awal bulan ini....
MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI KAWASAN PENCAWANG
SEREMBAN 27 Mac - Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di kawasan pencawang menara telekomunikasi...
KUOTA BUDI95 DISELARASKAN SEMENTARA KEPADA 200 LITER SEBULAN MULAI 1 APRIL INI
KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada...
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat...
15 KES BERKAITAN CUACA PANAS DILAPORKAN TAHUN INI, SATU KES KEMATIAN LIBATKAN KANAK-KANAK
PUTRAJAYA 23 Mac - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba...

