
PKPP: Majlis sosial tidak dibenarkan, jika penganjur sukar kawal keadaan
PUTRAJAYA, 29 Jun – Majlis sosial tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.
Ia adalah antara prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan majlis sosial seperti perkahwinan, kenduri dan pertunangan yang diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 22 Jun, serta terpakai bagi penganjuran majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.
Kementerian Perpaduan Negara berkata SOP itu merangkumi perkara penting dalam menjalankan majlis sosial seperti had kapasiti kehadiran seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakan sosial, dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama tiga hingga lima jam.
SOP itu juga menggariskan bahawa hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan, selain penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan dengan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan, katanya.
“Tetamu adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BEKAS PANGLIMA TENTERA DARAT, DUA ISTERI DITAHAN SPRM
PUTRAJAYA, 7 Jan - Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dua isterinya merupakan antara lima individu ditahan Suruhanjaya...
DUA MAUT KERETA DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA HILANG KAWALAN LANGGAR KERBAU
TANGKAK 4 Januari - Dua wanita termasuk seorang warga emas maut setelah kereta mereka dilanggar pacuan empat roda yang hilang...
GULA RAHMAH HANYA DIJUAL MENERUSI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI – FUZIAH
KUANTAN 4 Januari - Penjualan Gula Rahmah yang tidak menerima sebarang insentif kerajaan setakat ini hanya dibenarkan melalui Program Jualan...
KPM TUMPU DUA FOKUS UTAMA PADA SESI PERSEKOLAHAN 2026 – FADHLINA
KUALA LUMPUR 4 Januari - Pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu serta pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan, antara dua fokus utama Kementerian Pendidikan...
POLIS CARI INDIVIDU BALING BATU KE ARAH KERETA DI WCE
SHAH ALAM 3 Januari - Polis sedang mengesan individu yang terlibat membaling batu dari atas jambatan Seri Cheeding di Lebuhraya...
‘GREEN LAB’ BAKAL DISEDIAKAN DI SEKOLAH RENDAH DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 3 Januari - Beberapa sekolah rendah di Parlimen Alor Gajah bakal mempunyai ‘green lab’ atau makmal hijau bagi...
