Pokok ketapang di sepanjang Pantai Puteri halang ribut

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Lebih 300 pokok ketapang ditanam di sepanjang Pantai Puteri menggantikan pokok rhu bertujuan untuk menghalang menghalang angin ribut.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata penanaman pokok ketapang itu melibatkan implikasi kewangan MBMB bernilai RM100,000.

Katanya, inisiatif itu turut mengambil kira hasil aduan orang awam serta peniaga di pantai terbabit yang mahukan proses penanaman semula pokok ketapang itu dilaksanakan dalam kadar segera oleh pihak MBMB.

“Penanaman pokok ketapang menggantikan pokok-pokok rhu yang ditebang kerana tidak sihat dan rosak bertujuan untuk mengindahkan sepanjang kawasan Pantai Puteri.

“Ia juga bertujuan untuk menghalan dari berlakunya ribut akibat dari angin yang datang dari laut,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata ramai peniaga mengadu kedai mereka rosak akibat ribut kerana angin kuat dari pantai.

“Apabila tiada penghalang selepas pokok-pokok rhu yang rosak ditebang, menyebabkan angin kuat dan bagi mengatasi isu terbabit, penanaman pokok ketapang antara solusinya.

“Dalam tempoh dua ke tiga tahun, pokok-pokok ketapang yang ditanam ini akan berfungsi menghalang angin dan saya minta orang ramai untuk tidak merosakkan pokok yang baharu ditanam dan beriadah dengan baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1534
Kongsi :
Previous post Keputusan SPM diumum 8 Jun
Next post Bina jalan ‘elevated’ elak kerosakan alam sekitar
Ubah saiz-+=