Polis keluarkan 749 kompaun sepanjang 21 hari PKP 2.0

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 8 Feb. – Polis Melaka mengeluarkan 749 kompaun RM1,000 kepada individu ingkar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang 21 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam negeri, Deputi Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata, setakat jam 2 petang tadi, 742 kompaun dikeluarkan ketika polis membuat pemantuan di lapangan manakala selebihnya dikeluarkan menerusi sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, pelbagai alasan tidak munasabah diberikan antaranya membeli barangan keperluan melebihi radius 10 kilometer dari kawasan kediaman dan tidak memakai pelitup muka.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam negeri, Deputi Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat

“Bagi memastikan orang ramai patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, polis meningkatkan penugasan di sekitar Melaka dengan penubuhan pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bagi pemeriksaan di kawasan kediaman dan asrama pekerja serta rumah kongsi.

“Kita juga akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa sepanjang musim perayaan ini termasuk di di sjr.

“Khidmat bantuan anggota RELA (Jabatan Sukarelwan Malaysia) juga dipertingkatkan bagi membantu pasukan polis memantau penugasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Nik Ab Halim berkata dalam tempoh sama setakat jam 2 petang tadi, polis memeriksa 669,104 kenderaan di beberapa SJR ditetapkan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, 991 diarahkan berpatah balik berikutan tidak mempunyai alasan kukuh untuk melakukan aktiviti rentas negeri atau daerah.

“Kita menerima 55,673 permohonan rentas negeri dan daripada jumlah itu, polis meluluskan 55,458 permohonan yang rata-ratanya memberikan alasan munasabah termasuk mendapatkan rawatan perubatan dan kes kecemasan.

Views:

442
Kongsi :
Previous post Tidak hanya hematoma, Azizan kini diuji kanser
Next post Bahagian Khidmat Musa’adah pastikan golongan sasar dibantu
Ubah saiz-+=