
Polis Melaka bakal terima 14 unit Honda Civic
AYER KEROH 17 Julai – Polis Melaka bakal menerima 14 buah kereta peronda baharu sebagai usaha untuk mencegah jenayah dan menjaga keamanan negeri ini.
Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, kenderaan baharu tersebut adalah model Honda Civic yang akan diagihkan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dalam masa terdekat.
“Kenderaan baharu ini bukan sahaja bertujuan untuk pencegahan jenayah bahkan juga untuk membantu menjaga keamanan Negeri Melaka.
“Alhamdulillah setakat ini, kemudahan yang ada mencukupi dan kita mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan semua khususnya, kerajaan sedia ada yang sentiasa membantu kemudahan untuk pihak polis,” katanya.
Difahamkan, kenderaan yang akan diterima polis Melaka ialah dari model Honda Civic 1.8L yang turut dilengkapi peralatan komunikasi, dua unit kamera pemuka (dashcam) dan kamera perakam digital (DVR).
Pertukaran kenderaan baharu itu bertujuan menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah usang dan tidak selamat digunakan.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
