Polis Melaka berkas 7 ‘bookie’ Piala Dunia

AYER KEROH 1 Disember – Polis Melaka berjaya menahan tujuh lelaki warga tempatan yang merupakan sebagai ‘bookie’ pertaruhan dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, menerusi Ops Soga XI dijalankan bermula 19 November hingga 21 Disember depan setakat ini enam lokasi telah diserbu polis bagi mengekang perjudian bola sepak dan kegiatan catit taru tanpa lesen sah sepanjang musim piala dunia itu.

Menurutnya, dalam serbuan dijalankan pihak polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM4,416, tujuh unit telefon bimbit dan kertas-kertas catatan pertaruhan.

“Kesemua suspek lelaki sekitar usia 30 hingga 46 tahun warga tempatan ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 yang boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, ujarnya pihaknya komited dalam mencegah dan membanteras aktiviti perjudian dan pertaruhan melihatkan musim kejohanan yang sedang berlangsung itu dan sentiasa mengambil tindakan berkesan dalam menangani kegiatan perjudian.

“Pihak polis juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan sentiasa menyeru agar masyarakat sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak kami bagi membantu membanteras aktiviti perjudian di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

928
Previous post TNB ucap takziah kepada keluarga kanak-kanak maut dipercayai dihempap tiang elektrik
Next post Kekalkan suasana kampung di Ayer Molek