Polis Melaka buka kertas siasatan wanita Kemboja didakwa hina Melayu

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 21 November – Polis Melaka membuka dua kertas siasatan berkaitan seorang usahawan kelahiran Kemboja yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap masyarakat Melayu, baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata pihaknya mengesan sebuah video berdurasi satu minit 7 saat pada Ahad lalu yang dimuat naik pemilik akaun media sosial yang memparkan wanita terbabit mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

Katanya, dalam video berkenaan yang dimuat naik menerusi pautan https://vt.tiktok.com/ZSNaCrXeN/, wanita tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengatakan ‘Melayu malas’.

“Susulan video berkenaan, polis menerima 14 laporan polis di seluruh negara termasuk di Melaka daripada pelbagai pihak sehingga kini.

“Berikutan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan denga niat mengapikan sesuatu kaum yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kes berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1428
Kongsi :
Previous post Masjid al Ehsan terima sumbangan van jenazah
Next post Kembara Borneo 5,000km promosi TMM2024
Ubah saiz-+=