Polis Melaka tumpu 13 ‘hotspot’ kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 18 April – Sebanyak 13 kawasan panas  dikesan sebagai lokasi kerap kemalangan diberikan tumpuan dalam Op Selamat sempena perayaan Aidilfitri yang bermula 20 hingga 27 April ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kawasan ‘hotspot’ dikesan di daerah Melaka Tengah manakala empat masing-masing di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Katanya, lokasi ‘hotspot’ di daerah Melaka Tengah membabitkan Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ); Jalan Umbai – Sungai Udang; Jalan Mufti Hj Khalil; Jalan Sungai Udang – Selandar dan Jalan Batang Tiga-Bukit Rambai – Tanjung Minyak.

“Bagi daerah Alor Gajah, empat ‘hotspot’ dikesan di Jalan Rembia – Kendong; Jalan Alor Gajah – Tampin; Jalan Masjid Tanah – Bukit Sedanan dan Jalan Lubuk China – Hutan Percha.

“Manakala di Jasin, di Jalan Tehel – Bemban – Chabau; Jalan Merlimau – Jasin; Jalan Serkam – Kesang Tua serta Jalan Gapam – Bemban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media di Dewan Parameswara Mes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.

845C4AC9-E9FF-4817-B52D-792E3FC2D202
ZAINOL (kanan) beramah mesra dengan pengamal media Melaka pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media di Dewan Parameswara Mes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini. Foto PDRM Melaka

Dalam program berkenaan, Zainol turut menyampaikan cenderahati kepada pengamal media selain beramah mesra bagi mengeratkan silaturrahim serta menghargai jasa golongan itu dalam menyalurkan informasi berita.

Mengulas lanjut, Zainol berkata selain usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di lokasi panas,pihaknya turut melaksanakan penguatkuasaan dan penyuraian trafik di kawasan tumpuan pelancong terutama di kawasan bandar bagi mengelakkan kesesakan lalu – lintas sepanjang musim perayaan.

”Seramai 22 pegawai dan 137 anggota akan bertugas memastikan kelancaran trafik sepanjang op  berkenaan.

“Kita menjangkakan sebanyak 48,930 kenderaan memasuki Melaka dalam tempoh dua hari sebelum perayaan Aidilfitri dan turut menjangkakan 81,550 kenderaan akan berada di jalan negeri dalam tempoh sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1057
Kongsi :
Previous post PPSPM rai 130 warga kerja berbuka puasa
Next post Taman Tema Sigua siap sepenuhnya 2024
Ubah saiz-+=