Taman Tema Sigua siap sepenuhnya 2024

Masa Membaca:43 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 April – Produk pelancongan baharu Negeri Melaka, Taman Mini Sigua dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk TPr. Murad Husin berkata, pembangunan taman tersebut dianggarkan bernilai RM8 juta di Sungai Melaka bakal menjadi tarikan baharu bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Taman Tema Sigua adalah penjenamaan semula ‘Pirate Park’ di Jalan Tun Ali yang ditutup sejak lima tahun lalu.

“Kerja-kerja pemulihan taman sigua ini baharu mencapai 10 peratus dan akan siap pada tahun hadapan untuk menyumbang kepada produk utama PPSPM, Melaka River Cruise (MRC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa PPSPM di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan Pegawai Kewangan Negeri dan Datuk Salhah Saleh.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2482
Kongsi :
Previous post Polis Melaka tumpu 13 ‘hotspot’ kemalangan
Next post Melaka perhebat kembali pelancongan pendidikan
Ubah saiz-+=