
Polis tahan seorang lelaki berhubung kes buli di Taiping
TAIPING, 8 Mei – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai ditampar dan dibuli di kawasan Taman Tasik Taiping di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata suspek yang tidak bekerja berumur 22 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada 10.45 malam tadi.
βSuspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini hingga Selasa,β katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, polis mengesan satu video berdurasi seminit dua saat yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk βBudak OKU lelaki Melayu kena tampar dan dibuli di Taman Tasik Taipingβ.
Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Osman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 13 tahun seorang diri beriadah menggunakan basikal di taman itu dan motif kejadian berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa.
Beliau berkata mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan siasatan sedang diteruskan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
MBMB SEIMBANG TANGANI ISU RAKYAT, CERIAKAN KAWASAN PENTADBIRAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar,...
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
