Pondok Darul Ulum Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah juara Liga Penalti Antara Madrasah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PAYA RUMPUT 10 Ogos – Pondok Darul Ulum Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah muncul juara keseluruhan Kejohanan Liga Penalti Antara Madrasah Negeri Melaka yang diadakan di sebuah kompleks sukan di Cheng, di sini, semalam.

Madrasah yang terletak di Pulau Gadong itu meraih gelaran juara selepas menewaskan Madrasah Tahfiz Raudhatul Muslihin pada pusingan akhir kejohanan terbabit.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan madrasag itu membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, sijil dan hamper, manakala naib johan membawa pulang wang tunai RM500, piala, sijil dan hamper.

Tempat ketiga pula dirangkul Madrasah Al-Qurra dengan membawa pulang wang tunai RM300, piala, sijil dan hamper.

Kejohanan terbabit dianjurkan oleh Persatuan Tahfiz Negeri Melaka (PERTAME) melibatkan 29 madrasah dalam Melaka dengan penglibatan lebih 150 peserta.

photo1691581047
PONDOK Darul Ulum Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Liga Penalti Antara Madrasah Negeri Melaka. Foto: MR. AZLI

Setiausaha PERTAME, Rohizal Kassim berkata, Liga Penalti itu melibatkan lima peserta bagi setiap pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

“Berslogankan ‘Rapatkan Ukhwah Antara Madrasah’, kejohanan julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan silaturahim antara peserta yang terdiri daripada pelajar madrasah dan tenaga pengajar.

“Kita juga mahu mendedahkan kepada peserta untuk bergerak seiring dunia dan akhirat, sekali gus memberi mesej bahawa sukan riadah juga antara dituntut dalam Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1308
Kongsi :
Previous post Lembaran baharu hubungan Melaka, Itali
Next post Sukan medan ketengah bakat, ‘roboh’ tembok negatif terhadap madrasah tahfiz
Ubah saiz-+=