PPV Melaka tutup awal November depan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER MOLEK 22 Okt.- Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Melaka dijangka akan ditutup sepenuhnya pada 2 November depan.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini hanya tiga PPV yang masih beroperasi iaitu, PPV Encore, Klebang; PPV Dewan Haji Ahmad Isnin dan PPV Dewan MPJ Seri Umbai.

Katanya, PPV di Dewan Haji Ahmad Isnin dan Dewan MPJ Seri Umbai akan ditutup pada 27 Oktober dan hanya PPV Encore, Klebang sahaja beroperasi sehingga 2 November.

“Populasi vaksinasi dewasa di Melaka  telah mencapai lebih 92.4 peratus bagi dos pertama manakala bagi dos kedua telah mencapai 91.3 peratus, jadi kita pun perlahan-lahan menutup PPV.

“Cuma yang masih tinggal sekarang adalah dalam kalangan pelajar sekolah terdiri dari remaja yang berumur 12 ke 17 tahun yang masih lagi belum selesai dos kedua dan ianya akan dijalankan di sekolah-sekolah menerusi Program MOVAC (Mobilisasi Vaksin Komuniti),” katanya.

Rahmad Mariman

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, hari ini.

Mengulas lanjut,  mengenai pemberian suntikan vaksin penggalak (booster) , buat masa ini masih belum dilaksana di Melaka.

Namun menurut Rahmad,  jika suntikan tambahan itu mula dilaksana kelak di negeri ini, kerajaan negeri akan berbincang bagi menyediakan tempat khas untuk proses pemberian suntikan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post Tekoma wajah baharu Taman Rekreasi Durian Daun
Next post Mangsa banjir Melaka meningkat 1,116 orang
Ubah saiz-+=