Mangsa banjir Melaka meningkat 1,116 orang

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER MOLEK 22 Okt.- Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 1,116 orang kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra.

Menurutnya, setakat jam 12 tengahari tadi, semua mangsa banjir ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri dengan 52 kawasan terjejas dalam bencana berkenaan.

“Mengikut pecahan, di Melaka Tengah seramai 157 penduduk dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka,  SK Krubong (131),  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir (91) , SK Batu Berendam 2 (34), SK Ayer Molek (198) dan SMK Bukit Katil (107).

“Di Jasin pula adalah di SK Tehel (127), SMK Seri Bemban (77) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Shuh Yen (83)

“Manakala di daerah Alor Gajah, SK Durian Tunggal (53), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah (48) dan SK Telok Berembang (10) ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada 15 PPS yang dibuka sejak kelmarin, tiga sudah ditutup semalam selepas mereka yang terjejas pulang ke rumah sebaik keadaan banjir pulih.

“Tiga PPS yang ditutup ini ialah Balai Raya Kampung Gadek, Dewan Japerun Durian Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum,” katanya.

Kelmarin hujan lebat berterusan lebih lima jam menyebabkan beberapa laluan utama di negeri ini dinaiki air.

Bencana tersebut turut meragut nyawa seorang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang meninggal dunia di Hospital Melaka akibat insiden lemas di Kampung Sungai Putat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post PPV Melaka tutup awal November depan
Next post BISTARI ziarah keluarga Allahyarham Mohd Diya
Ubah saiz-+=