BISTARI ziarah keluarga Allahyarham Mohd Diya

Masa Membaca:57 Saat

KRUBONG 22 Okt. – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) turun padang bagi menziarahi keluarga anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh di Taman Krubong Jaya, hari ini.

Pengerusinya yang juga isteri ketua menteri Datin Seri Utama Munira M Yusop berkata, kunjungan itu sebagai tanda simpati akan nasib yang menimpa keluarga tersebut.

“Sebagai isteri saya memahami perasaan isteri Allahyarham, Noraida Che Nor, 39, bila dapat tahu khabar sedih ini kami (BISTARI) turun padang dan menyumbang mana yang perlu.

“Hari ini kita bawa sumbangan untuk membantu, sedikit sebanyak dapat ringankan beban yang ditanggung keluarga ini akibat kehilangan orang yang disayangi.

“Ini satu kehilangan yang sangat besar, jadi sedikit sebanyak lawatan ini akan menggembira dan menceriakan keluarga ini, diharap puan Noraida dapat menerima ujian ini dengan sabar dan tabah serta teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kediaman anggota bomba yang meninggal dunia ketika menyelamatkan mangsa banjir di Taman Krubong Jaya, hari ini.

Pada masa sama, Munira berkata, pihaknya dalam usaha merancang pelbagai program melibatkan golongan wanita sekali gus meringankan beban orang yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

555
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir Melaka meningkat 1,116 orang
Next post Amaran peniaga sorok barang
Ubah saiz-+=