
PPV UTeM manfaatkan 2,500 penerima vaksin
DURIAN TUNGGAL 12 Ogos – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mula beroperasi semalam di Kompleks Sukan, Kampus Induk UTeM.
Menurut kenyataan UTeM, PPV itu mampu memanfaatkan seramai 2,500 penerima vaksin sekali gus mewujudkan imuniti kelompok di institusi tersebut.
“Pemberian vaksin ini diberikan keutamaan kepada warga UTeM melibatkan staf, pelajar dan pekerja bukan staf yang dianggarkan seramai 2,500 orang.
“Pembukaan PPV ini selari dengan usaha menyemarakkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam menyediakan akses memudahkan rakyat mendapat vaksin,” kata kenyataan itu.
Katanya, operasi pemberian vaksin dos pertama PPV UTeM itu dilaksanakan selama empat hari bermula 11 hingga 19 Ogos ini.
“Manakala dos kedua pula akan diadakan 21 hari selepas pemberian suntikan dos pertama tersebut,” katanya lagi.
Untuk rekod pelaksanaan PPV UTeM dikendalikan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
Pada peringkat awal penyelarasan bersama PKD Alor Gajah dan JKN Melaka mendapati fasiliti yang disediakan UTeM berupaya menjadi PPV bergerak dengan keupayaan pemberian vaksin kepada 600 orang setiap hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
