PPV Yayasan Toh Puan Zurina buka 1 Julai

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

JASIN 15 Jun – Kerajaan negeri bercadang membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di bangunan Pusat Hemodialisis Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ), dekat sini, bagi melancarkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, pembukaan PPV YTPZ itu menjadikan 15 PPV di negeri ini.

“PPV itu dijangka beroperasi di bangunan Pusat Hemodialisis YTPZ pada 1 Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Hospital Jasin yang mendapat penarafan tertinggi dalam pensijilan Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar (LEED) yang dikeluarkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).

Menurut Rahmad, sebanyak tujuh PPV akan dibuka esok termasuk PPV di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Molek dan JAPERUN Klebang, Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), Dewan Universiti Multimedia (MMU) dan Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah.

“Namun, pembukaan PPV Dewan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) esok terpaksa ditangguhkan dan digantikan dengan PPV baharu,” katanya.

Ditanya mengenai pemberian vaksin kepada pekerja industri, Rahmad berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan PPV bagi golongan itu, namun setakat ini perkara itu belum dimuktamadkan.

“Cadangan memang ada tetapi belum ada peringkat pelaksanaan,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilapor berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mengaktifkan PICK kepada pekerja industri.

Jelasnya, program vaksinasi dalam kalangan pekerja industri akan bermula esok dan dijangka dibuka kepada sektor lain termasuk pembinaan, perladangan, peruncitan dan hospitaliti.

Beliau berkata demikian selepas melawat Hospital Jasin yang mendapat penarafan tertinggi (platinum) dalam pensijilan Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar (LEED) yang dikeluarkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2263
Kongsi :
Previous post COVID: 20 dikesan positif di pasar MBMB
Next post RELA nafi daftar anggota tanpa kebenaran
Ubah saiz-+=