
PRN: Kerjasama dengan UMNO dibincang hanya selepas DUN Johor dibubar – Tuan Ibrahim
“Kita tunggu dulu Pilihan Raya Negeri Johor jadi ke tidak, (selepas itu) akan (ada) perbincangan dengan UMNO. Saya rasa ketika ini, semua orang mahu kita kurangkan politik dalam isu rakyat tengah susah (akibat banjir dan sebagainya).
“Bagaimanapun, ia terpulang kepada kerajaan Johor, kalau bubar, kita terpaksa hadapi PRN dan masing-masing sudah bersedia, PAS pun sedia,” katanya pada pemberita selepas merasmikan dan meraikan ulang tahun pertama penubuhan Malaysian Recycling Alliance (MAREA) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada PAS akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi pilihan raya, andainya PRN Johor diadakan.
Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak mahu terlalu banyak pilihan raya yang dilaksanakan dalam waktu berbeza yang akhirnya akan menyebabkan rakyat hidup dalam situasi politik sepanjang waktu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
